Thursday, 20 June 2013

DeathWish The Gang Logo Belt - RM80


:: DEATHWISH ::
model the gang logo
color - brown
size - 28
code - SA002
original manufactured
new item//from USA with love
RM80 included postage


Death Notes : Buat semua pemain papan luncur & kolektor produk DeathWish, ini sahaja yang mampu gua katakan - INI BARANG RARE DARI AMERIKA LA WEHHH! ;)

Converse The Belt Back Up - RM80


:: CONVERSE ::
model the belt back up
cutting slim
size - medium
color - black
code - SA001
original manufactured
new item//from USA with love
RM80 included postage

Nota Pinggang : Diterbangkan khas buat pecinta Converse, kolektor aksesori pinggang & pemakai tali pinggang skinny! :*

Wednesday, 29 May 2013

Kau Sabar Jap, Gua Nak Pergi Lari!

Gua ada barang baek untuk tatapan umum, tapi korang semua kena tunggu woi! Pasal gua belum sempat nak snap dan upload barang tersebut yang diterbangkan khas dari Amerika. Gila kau barang tu tak rare, kau sabar jap je!

Pasal semenjak lapan-menjak ni gua busy bersenam untuk kesihatan diri sendiri. Gua ambil nasihat kawan-kawan : pergi buang peluh banyak-banyak untuk bina stamina yang dah 'kong' ni. Jadi gua tiru idea kawan-kawan yang suka buang peluh dengan banyak : sarung kasut dan berlari (jogging). Fakta paling hensem : gua memang takde seluar trek sukan, baik yang panjang mahupun pendek. Tapi oleh kerana nak berlari punya pasal, gua dengan bergayanya berjaya memotong seluar jeans ketat menjadi pendek atas lutut untuk larian tak formal sebelah malam.

Okey, gua dah penat. Nak sambung lari atas katil pulak. Selamat malamzZzzZ

Nota Kaki : Berlari waktu malam adalah tindakan paling releven untuk cuaca kat Malaysia sekarang ni :)

Belum terfikir lagi nak lari pakai Supra cenggini :P



Saturday, 18 May 2013

Translate-ception

Baru sekarang ni gua terfikir nak siasat pasal pageview dan alangkah terperanjatnya gua bila dapat tahu ada kawan-kawan dari luar Malaysia yang berada di benua Amerika dan Eropah yang menyinggah di blog ni! Samada ini adalah kesilapan teknikal ataupun kesilapan mata gua, tidak dapat dipastikan.

Dan ini membuatkan gua berfikir adakah mereka faham apa yang gua tulis? Mungkin diorang translate guna Google Translate. Jadi gua pun cuba-cuba lah translate penulisan gua ke English :

"Seingat gua, antara watak-watak penting dalam hidup yang berjaya membuat gua rasa kagum terhadap pemakaian seluar kaki kecik-sendat-senteng masa gua muda remaja dulu adalah abang-abang dari band legend NIRVANA dan GREEN DAY."

Translated :
"Remembered the cave, the important characters in the life to successfully make the cave wearing pants impressed with the smallest foot-snug-senteng young teen first time cave is the brothers of the band Nirvana legend and GREEN DAY."

Dan, gua dengan gatal tangan lagi, pergi translate dari English tu ke Bahasa Melayu :

"Jaga gua, watak-watak penting dalam kehidupan untuk berjaya membuat gua memakai seluar kagum dengan terkecil kaki selesa-senteng muda remaja gua kali pertama adalah saudara-saudara Nirvana band legenda dan HARI GREEN.

Kesimpulan nya kat sini adalah : saya sebenarnya adalah sebuah gua :D

nota 'gua' : memang gua tengah takde kerja ni, hihihi

P.R.S - Pengaruh Rakan Se-skinny

Seingat gua, antara watak-watak penting dalam hidup yang berjaya membuat gua rasa kagum terhadap pemakaian seluar kaki kecik-sendat-senteng masa gua muda remaja dulu adalah abang-abang dari band legend NIRVANA dan GREEN DAY.



Masa tu gua baru je selongkar telinga dengan album Nirvana NEVERMIND dan dalam tahun yang sama (1994) vokalis diorang (baca: Kurt Cobain) mati sebab bunuh diri. Dan lepas tu populariti Green Day menerjah Malaysia dengan album DOOKIE. Dan masa tu gua baru umur 14 tahun. Dan masa tu gua ikat perut simpan duit belanja sekolah untuk beli kaset (diulangi KASET okey) Nevermind dan Dookie. Dan masa tu gua perasan syok sendiri dua-dua band ni memang dewa gila babi sebab diorang musician yang genius mencipta FENOMENA dikalangan orang muda remaja lingkungan umur gua. Dan, gua rasa era tu memang yang paling rock untuk diri gua dan gua tak jumpa lagi sampai sekarang.

Lepas dari tahun-tahun tu gua pun mula cari akal macamana nak dapatkan seluar-seluar idaman macam abang-abang legend gua pakai. Untuk remaja yang kurang bersosial dan kurang kewangan macam gua ni memang susah sangat nak mencari seluar-seluar sebegitu sebenarnya. Jadi, tindakan pertama yang gua buat dolu-dolu adalah pergi kedai tailor dan alter seluar-seluar yang gua beli kat kedai pakaian mengikut ukuran custom yang gua mahukan dan, ianya berjaya!

Apa yang gua cuba sampaikan disini adalah : walaupun tak cukup sumber maklumat (zaman 1994 macam tu mana ada Google) dan tak berapa nak berduit sangat masa budak-budak dulu, tapi kalau dah minat gila babi semuanya boleh jadi. Dan intipati yang paling penting kat sini adalah : betapa hebatnya Pengaruh Rakan Se-skinny!

Sekian, terima kasih.

Playlist ketika menulis : Green Day - Makeout Party (takde link, sila donlod sendiri kat 4Shared)

nota kaki : sila kira berapa banyak perkataan 'DAN' digunakan ;)

Sold Out Yo!

Sepatutnya dah lama gua buat post macam ni, takde lah menyusahkan diri sendiri selongkar balik barang apa yang dah let go untuk pengetahuan umum. Bengong jugak gua ni kadang-kadang blerggghhh

Telah Terjual :
1. Uniqlo RM15 - SJ001
2. Uniqlo RM15 - SJ002
3. Uniqlo UJ RM35 - SJ004

...dan semua jeans-jeans ketat yang tak sempat upload kat blog! Hihihi

nota sendat : jangan risau, lepas ni gua upload banyak-banyak, nanti korang borong lah banyak-banyak-banyak! :P

Friday, 17 May 2013

Supra Cuttler Low - RM250

:: SUPRA ::
model cuttler low
cutting super slim
size - US8/UK7
code - SS001
color - navy mesh & pink
for both men & women
original manufactured
new item//from USA with love
RM250 included postage

Sneakers ni sebenarnya kepunyaan gua. Punyalah lama gua tunggu dari Amerika Syarikat. Tapi sedihnya bila sampai dan gua sarung kat kaki - sempit gilesss vavisss! Baru gua perasaan cutting sneakers ni SLIM nak mampus - tak sesuai untuk orang yang berkaki BESAR dihadapan macam gua, tapi kalau degil nak pakai jugak pastikan kaki tu bersaiz US7. So, here ready to let go darling!

Nota Sendat : Tak pernah digunakan kecuali masa try sarung at the arrival day. Oh yeahh kasut ni rare gile - susah nak jumpa kat sini memandangkan tak wujud butik SUPRA kat Malaysia kan ;)

Entri Baru : Selamat Tahun-tak-berapa Baru!

Tahun lepas gua bercita-cita nak R.I.P kan blog ni.
Dengan alasan : lari dari dunia social network dan fokus kerjaya konon-nya.
Tapi setelah 10 bulan fokus tu akhirnya jadi terpeleot dan paksa gua untuk selongkar balik blog ni.
Kemungkinan yang pasti : stres kerja!
Sebabnya 'menulis' tu adalah seni untuk meluahkan perasaan dengan cara yang sangat pasif dan comfort.
Jadi, memang tiada alasan lain untuk gua 'angkat' keyboard dan 'tembak' ke dunia maya semula.

Yelah, dolu-dolu gua rajin 'twit' dan update status.
Main 'hashtag' macam-macam kat Twitter.
Upload foto setiap sejam via mobile.
Dengan notification menggila group pecah kepala kat Facebook.
Belum masuk BBMesengger lagi tu.
Memang tak berenti bunyi BlackBerry dari pagi sampai malam, bawak ke pagi semula! Gila!

(#throwback 2010 : sebelum famousnya scene Whatsapp & Instagram, apatah lagi WeChat mahupon Line yang sekarang ni gua rasa memang nonsense diguna pakai untuk diri sendiri.)

Benda tu semua mengganggu-gugat fokus dan komitmen ketika sedang bekerja.
Memang merepek untuk gua yang bekerja sebagai buruh kasar dari 8 sampai 8.
Jadi, gua buat keputusan 'menyepi' dari dunia Facebook & Twitter, dan gua berjaya*!

Dan, gua akan kembali memperdagangkan seluar-seluar sendat dan ketat selepas ni.
Banyak hasil-hasil selaman selama ni gua buat pakai sendiri je, hihihi

Akhir kata, Majulah Blog Untuk Negara!

*Nota sendat : Resipi untuk berjaya - jangan guna mobile phone yang boleh support internet, macam gua! ;)

Monday, 17 September 2012

Update Baru!

Update baru!  Update baru!  Update baru!  Update baru!  Update baru!  Update baru!  Update baru!  Update baru!  Update baru!  Update baru!  Update baru!  Update baru!  Update baru!  Update baru!
Hehehehehe

Saturday, 25 August 2012

Salam Idulfitri

Gile lama gua tak update blog niiii
Dah tak terurus kurus kering gua perhatikan, kesiannn
Sama je macam gua, skinny gile vhavhi, kesiannn!

Gua harap raya kali ni dapat mengembalikan 5kg gua yang dah hilang tu.
Dan dapat cari balik mood gua yang kat dalam longkang tu.

Salam Idulfitri dari gua dan isteri-isteri.
Jemput datang rumah makan megi, kikikiki

Tahun ni raya tema pakai topeng V

Tuesday, 7 August 2012

Pijat-Pijat

Seluar yang sendat tidaklah seteruk otak yang sendat.
Otak yang sendat lebih teruk dari pepijat.
Hidup sangat ketat dan sendat lewat ini.

nota pepijat : tutup lampu, tidur ketat!


Thursday, 2 August 2012

Plastik Power!

model kaki tak berbayar
jeans - Uniqlo skinny fit
kicks - All Star Converse

Soalan : Bagaimana nak sarung jeans ketat dan sempit kat kaki untuk jenis non-stretchable?

Memang ada sedikit leceh nak pakai jeans-jeans macam ni. Dan biasanya, untuk cara paling mudah dan murah adalah menggunakan plastik sayur (yang kaler merah, kuning selalunya tu).

Kaedah :
- Pergi cari/ beli/ mintak sesiapa 1 plastik sayur.
- Pakai kan di kaki (mulakan dengan kaki kanan, lebih afdhol. hihihi)
- Sarung jeans sempit tersebut tanpa ragu-ragu.
- Ulang kaedah di kaki kiri pula.
- Simpan plastik sayur untuk masa hadapan.

Alasan :
Plastik sayur adalah material yang mempunyai sifat licin dan kurang geseran.

Selamat mencoba! :D

nota kaki : elakkan plastik isi cili kering, kelak buruk padahnya :P



Wednesday, 1 August 2012

Pening Sangat Ke?

Dah beberapa kali gua godeh-godeh buat page kat fesbuk.
Tapi apehal entah macam pening-pening?
Sampai sekarang tak berjaya lagi.
(sambung godeh)
pfffttttt pfffttttt pffftttttt

Laporan (bukan) Trafik

Hai semuanyaaa!

Gua baru lepas buat lompat bintang.
Sebab gumbira sangat dapat post entri baru.
Sebab dah 3 hari tak dapat usha blog sendiri.

Sebab gua sibuk giless pindah rumah baru.
Gua saspek semakin skinny 3 hari ni.
Sebab jeans ketat gua dah kurang ketat bahagian pinggang.

Kesimpulannya, pindah rumah pada bulan Ramadhan berjaya mengekalkan ke-skinny-an gua.

Sekian laporan, terima kasih.

Saturday, 28 July 2012

Kau Pakai Kasut Apa?

Terdapat beberapa individu mempersoalkan skinny jeans hanya boleh dipakai dengan sneakers (kasut sukan/ tapak getah), bukan kasut-kasut lain, terutamanya kasut kulit pergi pejabat. Spekulasi remeh-temeh ini boleh dibuka jalan penyelesaiannya dengan merujuk gambar di bawah. 

model tepi jalan
jeans - Uniqlo skinny fit
kasut - Sigma leather shoes

nota kaki : buat penilaian sendiri, anda diberi masa 2 minit! hihihi

Friday, 27 July 2012

Insiden Di Udara

Semalam gua terbaca artikel tentang skinny jeans dan impaknya terhadap si pemakai. Malas gua nak ulas panjang lebar artikel mamat ber-title Dr tu, tapi apa yang boleh dirumuskan disini mengikut rumusan non-algebra gua :

"Berhati-hati ketika duduk selepas makan jika memakai seluar yang sangat sendat, supaya tidak mengalami insiden butang seluar terpelanting di udara."

Sekian, terima kasih.

- Dr Kerky Sugar-


Uniqlo - RM40


:: UNIQLO ::
low waist skinny fit
waist - 28inch
length - 42inch
color - dark blue
code : SJ005
made in Japan
original cutting, button & zip
fabric torn free
used item//very very good condition
RM40 included postage

nota kaki : kalau gua cakap baru beli ini jeans kat butik Uniqlo, mesti lu percaya! :D

Analisa Ramadhan

Setelah di analisa, ada beberapa helai jeans ketat gua yang mungkin tak dapat dipakai lagi. Dan analisa itu dilanjutkan terhadap eksperimen-eksperimen tidak berisiko terhadap jeans-jeans tersebut dan ke atas diri gua sendiri. Hasilnya adalah :

Berita baik buat diri sendiri : gua gain weight.

Berita sendat : gua kena beli jeans ketat baru!

Tidakkkkk!!!

Wednesday, 25 July 2012

Permasalahan Skinnies (baca : skinny jeans)

Sebenarnya tiada MASALAH pun bagi lelaki memakai skinny jeans perempuan. Untuk lelaki yang berkaki REAL-DAMN-SKINNY, pemilihan untuk menyarung 'skinny jeans for women' adalah sangat dicemburui oleh kaum perempuan itu sendiri kerana ia begitu SEKSI. Hihihi. Tiada pantang larang atau etika berpakaian untuk memakai skinny jeans. Cuma ada SATU peringatan : skinny jeans SANGAT tidak sesuai untuk lelaki yang SANGAT tidak skinny. Ini bukan favoritism, ini kenyataan. :)

Uniqlo UJ - RM35


:: UNIQLO UJ ::
middle rise skinny straight
waist - 30inch
length - 39inch
color - blue
code - SJ004
made in Japan
original cutting, button & zip
fabric torn free
used item//very good condition
RM35 included postage

nota kaki : sangat sesuai untuk lelaki yang tidak mahu terlalu seksi! :P